Itulah sahaja kenangan bersama nenekku selain daripada kain batik nya yg sempat aku ambil semasa ibu2 saudaraku membahagi bahagikan pakaian 'tok' kepada saudara mara untuk dibuat kenangan selepas malam ketiga 'Qulhu' ataupun lebih dikenali dengan Tahlil..
Ahh..mungkin tidak akan sama lagi nanti bentuk keadaannya..Rantai berbiji jarang itu aku telah pakai tanpa menanggalkannya sejak mula belajar di universiti..Yalah semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah mana boleh memakai rantai..Kan menjadi satu kesalahan..Kecualilah ketika mandi laut atau swimming jika aku teringat dan dipesan oleh abah barulah aku tanggalkan takut2 hilang di lautan..
Mengikut cerita mama rantai itu seusia denganku..sudah lebih 20 thn tapi bolehkah emas mereput??Mungkinkah sebab setiap hari terkena sabun ketika aku mandi atau peluh ketika aku bersukan..Ehmm apa2 sajalah kerana kini semua menjadi kenangan..
Tok akan tetap berada di hati aku walaupun telah hampir 14 thn meninggalkan kami..
Al-fatihah untuk TOK..Semoga syurga buatmu 'TOK'..
p/s: Kepada yang berkenaan,please take note'Rantaiku sudah putus'
0 comments:
Post a Comment