Pages

Dec 30, 2007

Moving forward to be PRO..




Thanks to mama and abah for the new toy..We (have to share la kann) got the DLSR camera from FotoFlash Jusco Alpha Angel..

Abah
Mama

2-3 days after got that camera, me and my bro and crazily taking pictures nonstop.

First model


Second model

Suuupermodel

Model dah bengang asik kena flash jer..Huhu

But last week,my bro further study at UITM Shah Alam and me busy with assignments so the pictures taking activities have to stop for a while..

Nilah keje kitorang 2 thn sekali takpun sethn sekali sure ada acara angkat2 barang


Babai!!Study hard!!UITM Law stud..

Haha!!Padam muka..Neo lu kat umah tu beta yang punya!!

muka photographer takde coz tak bwk tripod!!cess


Have finished reading the manual so after this would be practice,practice and practice..need to build the skills..

Dec 18, 2007

Bowling

Backdated post!!

Went for bowling at Ampang Superbowl with my cousins on 1st Dec 2007.




Dec 13, 2007

Hot Spring!!

Holla..

Quite busy this week with assignment and office works..But do i crack under pressure??Haha sometimes (or always: p)

Last Tuesday was Sultan Selangor birthday so we (me and sis)Selangorians got one public holiday. Abah's initial plan is to take us to PD to be exact Tiara Beach but since we are not spending night at the hotel so we can't use the swimming pool ..

Then, changed our plan to Sg Klah Hot Spring..

Left KL about 10 am to Sungkai,Perak. It just about 1 and half hours journey..

Enjoy the pics dude!!

Sotong KURITA!!belakang tu banjaran Titiwangsa..

Mountain water Pool!!Pool ni bukan air panas tapi air gunung..Sejuk terlampau

Sini baru pool air panas..Actually byk lagik pool hot spring termasukla area untuk rebus telur..


Nak balik dah..



Dec 10, 2007

Resume : Laknatullah @ Iblis

Pengenalan diri
1.Nama sebenar : Iblis Laknatullah
2.Nama glamour : Hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsuir dll
3.Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
4.Status diri : Fasik kelas pertama
5.Agama : Kufur
6.Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
7.Alamat Tetap : Neraka jahanam
8.Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
9.Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
10.Cita-Cita Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus
11.Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
12.Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
13.Sahabat karib : Anak-anak Adam
14.Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
15.Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
16.Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
17.Tempat Operasi & Rakan setugas Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa 18.Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
19.Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
20.Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
21.Logo : Sebarang tatoo
22.Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
23.Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
24.Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
25.Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
26.Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat
27.Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
28.Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran 29.Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
30.Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
31.Pengalaman & Kenangan Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
32.Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran 33.Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan
34.Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
35.Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan
36.Yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa
37.Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
38.Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
39.Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
40.Saat mendukacitakan Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
41.Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala 42.Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina
43.Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
44.Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
45.Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
46.Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT



panjang nye resume setan ini..

Dec 8, 2007

KENAPA AKU LETIH BEKERJA....

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal
diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah , pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya , Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Dec 6, 2007

Still not satisfy with your job??



p/s -Think twice before your quit current without secure other job.

Dec 5, 2007

Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Dalam Keluarga

ORANG tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.
Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.
Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama- sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.
Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.
Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.
Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?
Kepercayaan sekadar satu panduan
Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
Sulung - Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.
Sulung - Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.
Tengah - Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan cirri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.
p/s -Sudah termaktub sejak azali, seseorang itu akan bertemu siapa sebagai pasangan. Terimalah seadanya. Keadaan tidak akan selamanya mengikut kita, tetapi kitalah perlu bijak mengawal keadaan…

Dec 3, 2007

Penawar Kepenatan, amalkan...

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada dirumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajaroleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimahsebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali binAbu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggilinggandum untuk membuat roti.
Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah diadan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.

"Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untukmendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.

Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anakkesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku?

Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan
bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.

Ia adalah lebih baik untuk kamuberdua daripada seorang khadam."Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.ini.Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahajayang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supayamengamalkan membaca

'Subhanallah' (33 kali),
'Alhamdulillah' (33 kali) dan
'Allahuakbar' (33 kali)

pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata.Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup sehariankita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengansenyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimudosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Nov 26, 2007

SOMETHING TO BOOST UP YOUR DAY!!!



SHOPPING MATH
A man will pay $20 for a $10 item he needs.
A woman will pay $10 for a $20 item that she doesn't need.
_____________________________
GENERAL EQUATIONS & STATISTICS
A woman worries about the future until she gets a husband.
A man never worries about the future until he gets a wife.
A successful man is one who makes more money than his wife can spend.
A successful woman is one who can find such a man.
___ __________________________
HAPPINESS
To be happy with a man, you must understand him a lot and love him a little.
To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to understand her at all.
______________________________
LONGEVITY
Married men live longer than single men do, but married men are a lot more willing to die.
______________________________
PROPENSITY TO CHANGE
A woman marries a man expecting he will change, but he doesn't.
A man marries a woman expecting that she won't change, and she does.
_____________________________
DISCUSSION TECHNIQUE
A woman has the last word in any argument.
Anything a man says after that is the beginning of a new argument.
_____________________________
HOW TO STOP PEOPLE FROM BUGGING YOU ABOUT GETTING MARRIED
Old aunts used to come up to me at weddings, poking me in the ribs and cackling, telling me, "You're next." They stopped after I started doing the same thing to them at funerals.

p/s: That picture does not relate to the article at all. It was a cake for my brother's birthday on 16 October. Happy Birthday bro!!

Nov 22, 2007

Leadership Transformation

Last nite i attended a dinner function at Sheraton Hotel Subang organized by LMI Malaysia. The talk was about Leadership and along with it was award giving ceremony to their valued clients and employees. The event was at Sheraton Hotel at Towers and i brought along 'my precious' to accompany me. But while I'm enjoying the Chinese cuisine 'my precious' just can watching Prison Break at lobby..Sorry!!

I was invited to the event because I'm one of the TM xscholar so as the valuable client to LMI they gave us about 20 tables last nite. Guest speaker was YBhg Admiral (rtd) Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar Mohd Nor to share on 'Leadership Transformation'. For information, YBhg Tan Sri Dato' Sri is a distinguished leader being the first Naval Officer to become the Chief of Defence.

This event graced by the Honourable Minister in the Prime Minister's Department, Yang Berhormat Datuk Dr. Maximus J. Ongkili which also deliver a keynote address on 'Leadership Challenge'


Overall, the dishes is just average and the function was so lengthy but I’m grateful enuff being invited. Thanks TM and thanks to you (u know who u are) coz wasting your time at the hotel lobby with your nice suit!!Hoho

XOXO – sorry no pics..

Nov 13, 2007

BEEZEEING

i have been very busy since yesterday and perhaps gonna continue till this Friday..Operational and Divisional meeting will be in this Thursday meaning that us the ' orang suruhan' have to prepare all kind of reports and process flows and many more that our bossess gonna present at the meeting..Tu la boss, tanak prepare earlier kan dah susah sekarang..Saper yang susah??Yang cikai² ni jugak..

And some more next week I have three assignments to submit and have no time to do it..

Nov 11, 2007

Useful Info on Mobile Phone

Your mobile phone can actually be a life saver or an emergency tool for survival. Check out the things that you can do with it:

*I*

The Emergency Number worldwide for **Mobile** is 112.* If you find yourself out of coverage area of your mobile network and there is an emergency, dial 112 and the mobile will search any existing network to establish the emergency number for you, and interestingly this number 112 can be dialed even if the keypad is locked. **Try it out.

*II*

Subject: Have you locked your keys in the car? Does you car have remote keys?* This may come in handy someday. Good reason to own a cell phone: If you lock your keys in the car and the spare keys are at home, call someone at home on their cell phone from your cell phone. Hold your cell phone about a foot from your car door and have the person at your home press the unlock button, holding it near the mobile phone on their end. Your car will unlock. Saves someone from having to drive your keys to you. Distance is no object. You could be hundreds of miles away, and if you can reach someone who has the other "remote" for your car, you can unlock the doors (or the trunk).
Editor's Note: *It works fine! We tried it out and it unlocked our car over a cell phone!"

*III*
Subject: Hidden Battery power Imagine your cell battery is very low, you are expecting an important call and you don't have a charger. Nokia instrument comes with a reserve battery. To activate, press the keys *3370# Your cell will restart with this reserve and the instrument will show a 50% increase in battery. This reserve will get charged when you charge your cell next time.

AND FINALLY

*IV*
How to disable a STOLEN mobile phone?To check your Mobile phone's serial number, key in the following digits on your phone: * # 0 6 # A 15 digit code will appear on the screen. This number is unique to your handset. Write it down and keep it somewhere safe. when your phone get stolen, you can phone your service provider and give them this code. They will then be able to block your handset so even if the thief changes the SIM card, your phone will be totally useless. You probably won't get your phone back, but at least you know that whoever stole it can't use/sell it either. If everybody does this, there would be no point in people stealing mobile phones.

Nov 10, 2007

International business

Assalamualaikum..

I jut got back from class..My MBA class..Today's subject was International Business and my group assignment is to talk about globalisation and emerging market..What the *ell is that?? If u ask me about IPVPN or tunneling or managed security services boleh la i jawab..Nih economic terms semua mmg i blur lah..HUHU..so i think from i now on i have to read all the economic news from newspaper..


And if got free time on weekend i have to go to library to find economics and international investment books and read it..

And somemore i need to squeeze my working time and spend on surfing the economics articles in the internet..

So, I'm so sorry boss..

Nov 8, 2007

Deepavali



Above photo taken during my internship at TM..We visited TMVSAT at Cyberjaya and had opportunities to learn and had a close look of all types of satellite dishes there..Lucky me, I am able to use the experiences in my current works..

But it is not the subject that matter here..The focus are on those two ladies..The lady wearing blue blouse is Nisha and the other is Kameeni..They are my first and second Indian friends that I have..

Happy Deepavali NISHA & KAMEENI..


Nov 2, 2007

3 perkara Bill Gates Mengaku Kalah

**got this from my friend


MAGIC #1
An Indian discovered that nobody can create a FOLDER anywhere on the computer which can be named as "CON". This is something pretty cool... and unbelievable...
At Microsoft the whole Team, couldn't answer why this happened!
TRY IT NOW, IT WILL NOT CREATE " CON " FOLDER

MAGIC #2
For those of you using Windows, do the following:
1.) Open an empty notepad file
2.) Type "Bush hid the facts" (without the quotes)
3.) Save it as whatever you want.
4.) Close it, and re-open it.
is it just a really weird bug? ?


MAGIC #3
Microsoft crazy facts. This is something pretty cool and neat... and unbelievable...
At Microsoft the whole Team, including Bill Gates, couldn't answer why this happened!
It was discovered by a Brazilian. Try it out yourself...
Open Microsoft Word and type =rand (200, 99)
And then press ENTER
then see the magic........ ............ ..........

Oct 31, 2007

IBU..engkaulah ratu hatiku

Got this from somewhere..

Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis. Apa yang saya ingin ceritakan pun hanyalah tetang monyet,haiwan yang sering jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita tentang itu.

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara.Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala Pilah, nun di depan sana,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas. Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir,saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta. Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging. Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu? Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya,nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.
Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang. Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet. Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi. Tapi tidak kepada saya.
Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an. Ketika itu usia saya masih di awal 20-an.
Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi. Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk, napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyi jauh dari kami. Hutan itu sepi. Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa.

Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik, 'Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan.' Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan. Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya. Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu? 'Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela,' begitu jawapan pak cik. Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya. Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu: 'Daripada balik tangan kosong? ' Lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ? DAMMM!!! Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet- monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyi ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.
BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit. Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun. Dengan bersusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya. Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya.
Saya dan pak cik terdiam melihat si anak menghisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit. Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi. Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan. Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya. Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia. Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya.
Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi. Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula. Di saat itu perasaan saya terlalu sebak.
Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cubamenahan air matanya daripada tumpah ke pipi. Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku. Suasana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang. Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.
Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia?? Mana hilangnya akal waras kami?
Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati. Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran. Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.
MAMA..I LOVE U AND I ALWAYS DO..



Oct 30, 2007

My Brand



Not just having my name on road signboard,review my last post..I also have my own lines..HAHAHA..Assorted item but why so cheap..Huh..Should i claim for royalty??

Oct 29, 2007

Lawak King!!

Caller : Hi, our printer is not working.
Customer Service: What is wrong with it?
Caller : Mouse is jammed.
Customer Service: Mouse? And how it is related to printer?
Caller : Mmmm.. Wait, I will send a picture.

DAMN!!

Oct 28, 2007

I Am sooo Proud



One fine day on September 2006, found this inside Multimedia College,Jalan Semarak..Thank you Telekom for having my name on that signboard..At least now I can 'berdiri sama tinggi' and 'duduk sama rendah' with Mr Wong Ah Fook, Tun Sri Sambathan, and other VVIPs..HEHEHE

Oct 27, 2007

Know Me




As for the first entry..Let me introduce myself..Borned as first child to Mr Shariffuddin and Mdm. Zaharah..My parents are my backbone, my heart and soul..Thank you mama and abah for giving me chance to explore this world on my own way..And the 'orang suruhan' both are my sister and brother..Sis now working as chemist at CCM but she still trying to get other job , tanak sakit katanya when playing with chemicals everyday. And bro is a law student inUITM Shah Alam.

Me?? people can call me Amal..Borned in 1982..To be exact 8th February 1982, so my birthday would be '8282' nice combination rite?? Don't forget ya!! Attended primary school in Sekolah Kebangsaan Anak2 Angkatan Tentera in Kedah..To be exact at Tok Jalai somewhere in Kedah..It is in army camp and most of the student have army dad..but my dad not an army..HUHU..Then further study in Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa..The school or my home for 5 wonderful years..School that taught me how to become human and school that brought me to where i am now.. Graduated from MMU in engineering via TM scholarship and then now i am attached to TM doing what i do not love the most..HAHAHA..To cure the boredom, I continue study in UUM taking MBA as backup plan.My future plan??I only have 1 year plan ahead in my live and rite now I just go with the flow..That is what i call MY OWN WAY!!

That's all dude..

 

Sample text

Sample Text