semua org busy sekarang especially my parents..mama pun sampai ke klinik and doc ckp darah dia naik tinggi and dapat lagi ubat tambahan..abah saya pulak kejap demam sekejap ok sekejap sedu sekejap ok..Harap² semua akan ok nanti..saya tak risau sgt sebab saya tau sedara mara kami ramai and semua boleh diharapkan pertolongan..Alhamdulillah..
Adik saya aka bakal pengantin dan rakan² jelita pembawa dulang..
En Naco si pengantin aka bakal adik ipar bersama panglima² yang macho..
Memang,nak kawen sgt la stress..saya baru perasan saya tak tulis macam mana stressnya saya masa before kawen dulu kan..semuanya start after bertunang..masa mula² semua budget tulis dalam buku untuk mudahkan buat kira²..then semua plan siap tulis cantik dalam buku..tapi percayalah semua tu tak lama..nanti buku ke mana plan pun dalam kepala saja..En Naco si pengantin aka bakal adik ipar bersama panglima² yang macho..
survey mak andam and pelamin dari jalan TAR sampai la ke setiawangsa..last² amik kat wangsa maju saja sbb saya tertarik dgn decoration kedai dia..lagipun dekat and senang kira..butik tu pun baru nak buka so kira mcm early customer and dapat la pakai baju yg baru special ikut pilihan color yg saya nak..semua booking mak andam and pelamin saya buat 4 bulan awal..
Photographer pulak promoted by friend and since photos dalam fotopages dia cantik and creative terus book..with reasonable price la kan..photographer book 4 bulan before kawen kot kalau tak silap..tapi gambarnya baru je siap 2 minggu lepas..huhu..
then saya buat pulak HIV test, isi borang nikah jumpa imam, set tarikh booking tok kadi..untuk buat semua tu en suami ulang alik ke JAIS 3-4 kali kot..saya tak pegi pon husband saya kan tak keje siang so dia yg lebih layak saya amik kesempatan atas kemudahan yg ada..hehe..jumpa imam lak 3 kali..semua tu saya buat 3 bulan before kawen..
card kawen pulak kitorang mintak member husband saya design sbb dia adalah suka design and ada bisnes buat and design kad..lagi sekali kami adalah first customer and dapat la discount 50%..yeaa..kad kawen siap sebelum raya so sempat la kad itu diedarkan semasa open house hari raya di mana semua sedara saya ada di situ dan kad dapat diedarkan dengan efisien kepada semua org..
barang hantaran, buah tangan, bunga telur etc dibeli sikit²..lebih sepuluh kali la jugak berkunjung ke jln TAR masjid india untuk siapkan semua tu..mak sedara saya tolong buat hantaran yg sgt cantik dan saya sgt suka..
katering pun booking lebih kurang 5 awal iaitu sejak lepas bertunang lagi..sbb saya kawen time cuti sekolah and takut katering semua full..Nasib baik abah saya booking awal sbb selepas krisis harga minyak semua barang naik tapi katering tu still maintain harga yg dia propose before that..
semua pon booking awal tapi sebagai pengantin dan tiada wedding planner dan kebanyakan benda kena buat sendiri wajib la stress jugak..tambah lagi masa tu saya tgh final exam 2 weeks before saya kawen..tambah lagi kerja kat ofis pon mcm hampeh sbb unit saya baru restructure and tukar bos baru and bos tu pulak mcm taktau yg saya tgh busy nak kawen and time tu jugak bagi kerja melambak-lambak..saya sgt stress masa tu sampaikan time lunch saya akan keluar dari ofis then pegi petronas beli makanan and then melepak kat satu tempat tu..
2 comments:
Sangat cantik semua gambar juga hantaran.Betul kata kamu, kita hanya merancang bukan? Yang penting segalanya baik-baik sudahnya. Doakan saya bertemu pasangan yang membahagiakan keluarga dan diri.Saya doakan anda segera dikurnia cahaya mata. Tahun ini juga! InsyaAllah kita sama2 doa.
Thanks Ammara..Semoga doa kita dimakbulkan..kamu juga berblog??
Post a Comment