Pages

Jan 28, 2009

Pekerjaan Terbaru Saya!!

Sempena cuti CNY nih saya pun sebokkan diri jugak bercuti panjang..Tak la panjang sgt pun,cuma sat and sunday plus public holiday 2 hari plus 1 hari AL..Start dgn Sabtu dok kat umah kemas bilik, buat tart, basuh baju, iron baju sbb takmau letih+tak cukup masa+nak mengamuk bila nanti cuti habis pastu time tu la baru nak buat semua benda..So dari pagi sampai ke ptg la dok pulun pastu sempat tidoq sat..Mlm pulak pi Jusco membeli belahbrg dapur..

Ahad, hari yg dinanti oleh adikku Kakngah suda tiba..Rombongan mai menengok aka merisik kot..So lepas sembang borak semua confirm nikah hujung bulan May time cuti sekolah..Pukul 1pm lepas rombongan balik saya terus mengemas dan mengepau makanan apa yg patut utk dibawa pulang ke rumah my MIL..

Sesampainya di Melaka Pindah, bermulalah episod baru dlm hidup iaitu menjadi pambantu kedai+cashier di Pasar Mini Seri Abha..Dari siang membawa ke mlm la jugak kat kedai..Org ramai sbb Kedai Panjang(rival kedai Cina)tutup utk CNY so manyak la dapat untung itu hari..

Isnin, masih bekerja di kedai bersama² en Suami, adik iparku dan tak lupa my MIL..Masak makan semua kat kedai..Balik rumah utk tido saje..

Selasa,masih juga ke kedai sampai la tgh hari..

Nampak mcm muka risau ke??Hehe muka i mmg mcm tu..Kening tuh asyik nak terjungkit je..Nih masa rombongan tgh mkn²..
Huish..Besaqnya cincin dia..Kami ke sini selepas pulang dr Melaka..Hehe

Kat Kampung Red Indian ada pokok pisang tak sepatutnya??
Memorable moment bak kata En suami saya..

Jan 19, 2009

Frozen foods

Kuih frozen dalam bungkusan 10biji atau 50biji. Sedia ada sekarang ialah onde² atau lebih dikenali dengan kuih bom/kuih bijan yg berintikan kacang hijau..Produk lain ialah karipap kentang sardin dan kentang daging..akan datang karipap kentang ayam..

1 kotak(10 biji) = RM3.50
3 kotak = RM 10.00
50 biji(loose) = RM 16.00

MUDAH DISEDIAKAN DAN ENAK DIMAKAN..

Pertanyaan dan tempahan,sila hubungi syirah82@yahoo.com



Jan 15, 2009

Jgn dikenang kisah yg lepas..

Saja nak update sbb sementara masih ada mood..Layannn..

First family pic saya bersama inlaws..First raya jauh dgn mama and abah..Menangiskah saya di pagi itu??Hehe..En Bogus ada jawapannya..Tapi raya Aidiladha ja pun..Dramatik saja lebih..


28 Dec kami ke Spore..pi 2 weddings kat sana..kenduri kenalan or sedara kot sebelah en suami..Balik hari so tak sempat ke Orchard menyopping..En Suami promise nanti nak pegi shopping eh??

Smart and sgt nice decoration wedding yg first nih..

Cuba teka saya dengan siapa??Hehe

Pose kegemaran suami saya pada masa ini..

Jan 14, 2009

Peningkatan Prestasi 2009

Saya dah memecahkan rekod sendiri apabila come out dengan LIMA entries sekaligus..Peningkatan prestasi yg mendadak..Semangat begini wajar diaplikasi di tempat kerja..Wajarkah tapi??



Weekend ini saya tidak ditemani karena sang suami mempunyai agenda sendiri..Iaitu melayan obsesinya terhadap sebuah kumpulan muzik..4 sesi di istana budaya pada hari saturday dan sunday membolehkan saya untuk minta baju atau kasut atau apa saja yg total pricenya ialah sama dengan price tiket² tersebut..Bukan begitu en suami??

Bluberry Cheese Tart..

Blueberry Cheese Tart..Sedapp..Sebiji= 80 sen shj..Tempahan dan pertanyaan??Sila email ke syirah82@yahoo.com


Handmade

Imported ingredients..


Yummy!!

Malam Tahun Baru Itu!!

Ingatkan nak la tgk bunga api dengan en suami masa malam tahun baru tu..So pukul 11.15 mlm gerak la dari SK - Seri Kembangan ke Putrajaya dengan rasa yakin ada pertunjukan kembang api..Sampai sana kereta dah berderet-deret, orang dah penuh tak kira tua muda India Cina Melayu semua ada..Kemudian,kira-kira pukul 11.40, datang la kereta polis membuat announcement dengan PA system diorang tu ckp tiada pertunjukan bunga api malam tu..Apa?takdak bunga api di Putrajaya??Propaganda apakah itu?? Kami ke mamak menjamu selera sbb frust..huhu

Putrajaya..

Before pakcik polis buat announcement..
After pakcik polis musnahkan harapan kami..

Fantasia Bulan Madu

Damai Laut Swiss Garden International on 2nd December 2008..Ye ye saya tau time nih majlis kat Melaka tak settle pun lagi..hehe..


Scenery from bilik kami - honeymoon suite yg tak sebesar mcm dlm website dia..



Private beach kat sebelah Lumut..Lagi best mandi kat Pangkor je..



Berbarbekue di mlm hari..
Sambil dientertain oleh live band..

Juga breakfast in bed..

Kemudian swimming untuk mengeluarkan peluh..

Lepas di swim kat pool, terus ke Pangkor

Naik motor saje ronda² sambil menyopping dan makan sutun gula..

Sunset cruise..

Last..kiter tengok penyu telorrrr...

Harap tidak terlewat..


Berjumpa kembali...Lama sungguh tak update blog ni..Huhu..Streamyx rumah saya baru dapat connect selepas digasak oleh En Bogus kat TM100..So, saya tanak ckp pasal tahun baru sbb seperti biasa saya tak berazam apa² pun setiap tahun..Life baru sebagai seorang 'WIFE'??hehe so far so good kot..Bagi yg tak ke majlis di Melaka on 6 Dec 2008, sila la tgk gambar² kat bawah nih ye..itu saje..Tata..


Pengapit dan rombonganku serba biru..


Member SDARian si suami bersama gf mereka..


Officemateku Cik Shishe bersama en tunang nya


Oh! Ibu mertuaku dan iparku..
 

Sample text

Sample Text