Pages

Dec 30, 2007

Moving forward to be PRO..




Thanks to mama and abah for the new toy..We (have to share la kann) got the DLSR camera from FotoFlash Jusco Alpha Angel..

Abah
Mama

2-3 days after got that camera, me and my bro and crazily taking pictures nonstop.

First model


Second model

Suuupermodel

Model dah bengang asik kena flash jer..Huhu

But last week,my bro further study at UITM Shah Alam and me busy with assignments so the pictures taking activities have to stop for a while..

Nilah keje kitorang 2 thn sekali takpun sethn sekali sure ada acara angkat2 barang


Babai!!Study hard!!UITM Law stud..

Haha!!Padam muka..Neo lu kat umah tu beta yang punya!!

muka photographer takde coz tak bwk tripod!!cess


Have finished reading the manual so after this would be practice,practice and practice..need to build the skills..

Dec 18, 2007

Bowling

Backdated post!!

Went for bowling at Ampang Superbowl with my cousins on 1st Dec 2007.




Dec 13, 2007

Hot Spring!!

Holla..

Quite busy this week with assignment and office works..But do i crack under pressure??Haha sometimes (or always: p)

Last Tuesday was Sultan Selangor birthday so we (me and sis)Selangorians got one public holiday. Abah's initial plan is to take us to PD to be exact Tiara Beach but since we are not spending night at the hotel so we can't use the swimming pool ..

Then, changed our plan to Sg Klah Hot Spring..

Left KL about 10 am to Sungkai,Perak. It just about 1 and half hours journey..

Enjoy the pics dude!!

Sotong KURITA!!belakang tu banjaran Titiwangsa..

Mountain water Pool!!Pool ni bukan air panas tapi air gunung..Sejuk terlampau

Sini baru pool air panas..Actually byk lagik pool hot spring termasukla area untuk rebus telur..


Nak balik dah..



Dec 10, 2007

Resume : Laknatullah @ Iblis

Pengenalan diri
1.Nama sebenar : Iblis Laknatullah
2.Nama glamour : Hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsuir dll
3.Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
4.Status diri : Fasik kelas pertama
5.Agama : Kufur
6.Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
7.Alamat Tetap : Neraka jahanam
8.Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
9.Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
10.Cita-Cita Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus
11.Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
12.Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
13.Sahabat karib : Anak-anak Adam
14.Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
15.Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
16.Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
17.Tempat Operasi & Rakan setugas Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa 18.Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
19.Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
20.Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
21.Logo : Sebarang tatoo
22.Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
23.Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
24.Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
25.Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
26.Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat
27.Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
28.Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran 29.Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
30.Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
31.Pengalaman & Kenangan Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
32.Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran 33.Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan
34.Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
35.Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan
36.Yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa
37.Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
38.Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
39.Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
40.Saat mendukacitakan Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
41.Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala 42.Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina
43.Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
44.Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
45.Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
46.Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT



panjang nye resume setan ini..

Dec 8, 2007

KENAPA AKU LETIH BEKERJA....

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal
diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah , pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya , Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Dec 6, 2007

Still not satisfy with your job??



p/s -Think twice before your quit current without secure other job.

Dec 5, 2007

Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Dalam Keluarga

ORANG tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.
Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.
Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama- sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.
Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.
Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.
Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?
Kepercayaan sekadar satu panduan
Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
Sulung - Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.
Sulung - Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.
Tengah - Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan cirri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.
p/s -Sudah termaktub sejak azali, seseorang itu akan bertemu siapa sebagai pasangan. Terimalah seadanya. Keadaan tidak akan selamanya mengikut kita, tetapi kitalah perlu bijak mengawal keadaan…

Dec 3, 2007

Penawar Kepenatan, amalkan...

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada dirumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajaroleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimahsebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali binAbu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggilinggandum untuk membuat roti.
Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah diadan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.

"Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untukmendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.

Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anakkesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku?

Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan
bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.

Ia adalah lebih baik untuk kamuberdua daripada seorang khadam."Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.ini.Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahajayang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supayamengamalkan membaca

'Subhanallah' (33 kali),
'Alhamdulillah' (33 kali) dan
'Allahuakbar' (33 kali)

pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata.Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup sehariankita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengansenyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimudosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
 

Sample text

Sample Text