Pages

Jan 3, 2017

Anak Ketiga

Seperti tajuk diatas, tujuan saya buat entry ini adalah nak ceritakan kelahiran anak ketiga saya, Muhammad Ilyas Faris Bin Mohd Azwan..Walaupun blog ni macam dah lama ditinggalkan tapi saya rasa cerita mengenai kelahiran dan kehilangan adalah moment yg sentiasa dlm ingatan setiap waktu..cumanya saya masih tidak kuat utk cerita pasal kehilangan orang yg tersayang..


So utk anak ketiga ni rutin check up utk pregnancy saya buat kat klinik biasa je..kalau kat area sini Klinik Jameaton la yg selalu menjadi pilihan mak mak kat sini..Lepas tu saya sambung dgn FPP di Putrajaya..Sama macam anak kedua, saya pilih Dr Hamidah juga sebagai doktor pakar yg akan consult..Since dah ada 2 previous scar csect, kali ni pun perlulah czer juga..Based on history report masa czer anak kedua, saya ada 'moderate adhesion' maksudnya lekatan kat organ2 dalaman so doktor perlu tgk dulu masa czer nanti perlukah saya BTL (ikat) ataupun boleh lagi sorang..Saya dan husband mmg redha jelah kalau kena BTL dan kalau tak pun Alhamdulillah..

2 May 2016

Jadinya, kami admit ke wad masa 38 weeks pada 2 Mei 2016 since 1 Mei adalah public holiday Hari Pekerja doktor pun bercuti..Proses masuk wad seingat saya adalah sgt smooth lebih kurang pukul 3pm..Jalan lenggang kangkung kami laki bini naik wad lepas bayar deposit semua kat kaunter..Dapat ward yg 2 bedded dulu sbb bilik single bed masih penuh..nanti next entry saya cerita pasal FPP Hospital Putrajaya..Lepas dah tukar baju semua mkn jajan kami laki bini, tgk tv, baca buku pastu dah malam saya suruh husband balik sbb kesian anak2 kena tinggal tido dgn tok depa..lagipun bilik 2 bedded takde tempat utk suami tido..suami boleh temankan tapi kena tido atas kerusi jelah ataupun atas lantai lapik kain ke toto ke..macam saya bwk sesiap toto yg single size so muatla habuan nak lelap2 mata sekejap.. So mlm tu tido sorang kat wad tapi ada je adik katil sebelah tu dgn laki dia..kesian adik tu dok tahan sakit nak beranak anak first..Mengerang2 dia tahan sakit tapi takpe akak yg tak sakit ni layan tido dulu sbb esok akak nak kena belah perut dikk oii...

3 May 2016

Saya bangun Subuh lepas tu terkebil2 la saya..Dah kena start puasa sbb nurse kata selalunya dlm pukul 5pm time utk operate..Elective czer maksudnya yg bukan emergency ni mmg doktor akan buat last2 lepas dah habis semua appointment ataupun delivery semua..Dalam pukul 10am husband datang so termenung la kami layan perasaan sambil2 baca Quran semua..Then masuk Zohor saya ambik wuduk nak solat, nurse pun datang bagi baju ot suruh tukar katanya doktor dah panggil..saya mintak nak solat dulu..then salin baju, mkn ubat tahan muntah kot nurse bagi pastu baring la atas stretcher tu utk ke ot..Masa kat ot macam biasa la nanti nurse baca2 borang sebut nama kita then suruh sign pastu salam dgn husband..Kali ni rasa macam dah bersedia and dah tau nak rasa mcm mana..yelah sbb dah third time kan..Dah sampai kat ot tu baru tau yg akan operate saya ialah doktor boss department O&G sendiri iaitu Dr Wan Ahmad Hazim..katanya doktor Hamidah ada case emergency yg lain..


Aduh kali ni mmg saya sedar sepenuhnya masa ot..sebelum ni pun sedar juga cuma maybe sbb dulu emergency czer rasa mcm semua pun buat cepat2 dan tahan sakit yg lama buatkan saya penat dan lalok..kali ni saya betul2 dapat bau, dengar tapi tak dpt tgk la sbb cover dgn kain kan..dapat hidu bau hangit kulit terbakar..then doktor ambik masa agak lama nak keluarkan baby..dapat dengar doktor mendengus dengus ambik nafas..huhu mmg lama sgt sementara saya nak dpt dengar baby nangis..nasib baik doktor bius tu baik je..kadang dok panggil saya tanya ok ke?..dok betulkan kain pengadang depan muka saya..Alhamdulillah akhirnya keluar juga putera ketiga kami..Masa memula keluar doktor Hazim ckp Allahuakbar dan bagi salam pada baby..


Then lepas dah jahit semua, doktor Hazim datang bgtau dia dapat pisahkan lekatan kat organ2 dalaman saya dan saya tak perlu BTL lagi..Alhamdulillah masih ada satu lagi peluang utk nombor 4 InsyaAllah..Terima kasih sgt2 dekat doktor yg berusaha utk tak ikatkan(BTL) sbb saya dengar MO yg sekali kat ot tu ckp kalau dia yg buat maybe dia akan BTL je..huhu..Doktor Hazim mmg terbaik!!


Lepas tu saya dan baby dihantar ke wad..Tido semlm di bilik tu before esoknya kami dapat tukar ke bilik single bed..Kebetulan bilik yg sama masa saya lahirkan anak kedua..Rasa mcm de javu pulak..Lepas dah tido sana lagi 2 malam kamipun dapat pulang..Tapi adik baby dapat kuning masa hari kelima kena admit ward NICU utk phototherapy..Semlm lagi di NICU dan dapat balik pada hari keenam..

Hari ni adik Faris dah 8 bulan..Walaupun byk ragam adik mommy ayah dan abg2 sayang adik Ilyas Faris..
 Ayah anak lelaki tiga org..

 His first day

 Bilik yg sama..2013 dan 2016

 Botak hari kesepuluh

 Nanti cari menantu yg best2 bagi kat mommy na..

Sep 10, 2016

Hampir 3 tahun

Tu dia nak dekat 3 tahun dah tinggalkan blog ni..Bukan takat berhabuk bersawang tapi dah jadi hutan kalau diibaratkan rumah tingggal..

Anak pun dah tiga org..Ya 3 org..Kalut taktau nak cerita..Tapi takpa sementara tunggu depa besar..Dok igt nak tambah lagi sorang last kalau ada rezeki Allah bagi..Memang boleh lagi sorang saja pun sebab semuanya bersalin ceasarean..Oh lupa, anak i semuanya boy..yg last tu baru 4 bulan..nanti nak kena cerita dia punya delivery day buat kenang-kenangan..Yalah abg2 dia semua ada cerita kat sini..tu pun kalau igt la lagi kan..Oklah actually tak plan pun nak tulis blog mlm ni..Tadi saja godek2 akaun blogger kot2 boleh masuk lagi rupanya password masih sama..Nasib pakai satu jenis pswd saja senang nak igt..

Assalamualaikum..Selamat Hari Raya Aidiladha lagi 2 hari..esok hari wukuf jgn lupa berdoa ya!

Nov 1, 2013

Aku yg dulu kurus saje, bukan mcm yg sekarang

Saja la scroll tgk gambaq lama2 yg ada dlm blog ni..kalau pakai android kan dia auto setup picture album from blogger..saja mengimbas kenangan lepas berjaya tidoqkan anak nombor2..anak nombor1 takdak ikut ayah dia pi tgk org main futsal..

Scroll punya scroll jumpa gambaq honeymoon dulu..la ni dah la mood romantik2 ngan en suami tetapi apakan daya masih dlm pantang..huhu..baru hari 26 kot..anniversary dah la hujung bulan ni ja 30 nov..#seratusharipuntaklepaslagi...aptb

Oct 16, 2013

Introducing our second baby boy

Assalamualaikum semua...

First of all, selamat hari raya Aidiladha..Semoga pengorbanan kita semua mendapat berkat drpd Allah..

So, saya dah selamat bersalin our second baby on 7th October 2013..Hari ni dah hari kesepuluh..baby and mummy ok ok sihat saje..

This entry nak cerita pasal delivering this boy la eh..kan dlm entry before this saya kan ckp tak sabar2 dah nak bersalin..tak larat wohh bawak baby this time..tapi kalau boleh nak la tunggu date yg cantik2 mcm 1/10/13 (tapi dah lepas) takpun 10/10/13 takpun 11/10/13 tak pun 13/10/13...tapikan semua tak menjadi kenyataan ..yelah Allah je tau bila saya perlu bersalin..

So jadinya pagi 5/10 hari sabtu tu nak bgn solat subuh la nih..elok berdiri je lepas turun katil rasa mcm dtg period..pegi check rupanya bloody show..ooh noo terus rasa takut tapi takde sakit apa pun lagi..then sepanjang hari sabtu tu rasa contractio makin ada la tapi lama2 sekali baru datang..pukul 8.30 malam saya pegi keluar dinner lepas tu balik tu baru rasa semakin sakit dan semakin kerap..terus tahan je la gi kang pegi hospital awal2 takut kena VE..

Pagi ahad 6/10 pukul 3am dah tak tertanggung rasa so ajak en suami ke hospital putrajaya..masuk kat triage wad bersalin tu..doc VE then dah 2 cm..contraction pun makin kerap so kena la admit ward pukul 6am tu..

Doctor datang round ward pukul 8am tapikan weekend so dr.hamidah takde yg gantikan dr.Azmi so redha jelah..ckp kat doc nak ubat tahan sakit and dia bagi penthidine..mengantuk giler rasa mmg terlelap tapi bila contrcation mmg akan tersedar..bila contraction hilang terlelap balik...mcm tulah sampai pukul 12 tgh hari kesan ubat pun  dah hilang dah tak ngantuk..ajak en suami round ward nak bagi jalan bukak cepat tapi takde maknanya..bila doc dtg VE pukul 2.30pm still 2cm..saya tak tahan sakit..yess i am chicken..huhu..mintak epidural tapi kena dok kat labour room la kalau nak amik epi...so tanpa berlengah saya setuju..huhu

3pm, 6/10    kat LR on epidural..tido jelah..hehe...VE still 2cm
7pm, 6/10    VE 3cm then MO pecahkan ketuban..air dah kaler coklat cair..baby dah berak sikit
9pm, 6/10    VE 3cm then MO tolong besarkan jalan dalam erti kata lain godek/robek scary gila..dapat la 4cm tapi temperature saya naik..mmg dah rasa nak demam pun..so 38 degree..kena mkn panadol..dr azmi datang visit and dia bagi option if by 3am tak bukak jugak have to go for surgery..huhu baby's heart beat is dropping

12am, 7/10  VE 4cm still..
3am, 7/10  VE 4cm lagi..MO tolong lagi besarkan jalan..lama jugak dia buat..and dia ckp 7cm..tapi servik dah bengkak and baby's head tak boleh nak lalu..baby's heart beat dropping dah byk..dia nak call doc pakar which is dr.azmi yg on call mlm tu..

3.30am, 7/10 Dr.azmi datang and dia ckp kena czer sbb baby dah lemas and jalan tak dapat fully dilate..so czer it is for this one..

4.38am, 7/10 Muhammad Irfan Anaqi bin Mohd Azwan pun lahir..


Besarnya dia nih...78.7kg before deliver...huhu


Saya amik FPP Hospital Putrajaya under Dr Hamidah tapi time tu beliau tak keje so Dr Azmi yg gantikan..



Executive Ward Level 5, Hospital Putrajaya

Baby roaming in so ayah dia kena basuh 'yak'..

Muhammad Irfan Anaqi


9/10   Kena stay kat hospital for 2 days lagi since kena post-op monitoring..then bleh balik..Alhamdulillah

Oct 4, 2013

bila nak keluar ni dik??

salam..hari nih dah masuk 38weeks..EDD 18 oktober..check up last tuesday kepala baby dah engaged..kalau berjalan tu mmg terkepit terkengkang la sbb sakit kot kat bawah sana..tido malam mmg tak lena..dgn nak terkencing lg dah tu kena tido mengiring..dah penat ngiring sebelah nak ubah ke sebelah lg dah 2-3 minit kena ambik sbb sakit kot nak ubah position..huhu..cepatla dik keluar..

ilham dulu bersalin 38weeks tapi tu kes lain..masa tu aku taktau pun ada yg boleh bersalin awal 2-3 minggu..igtkan mmg semua bersalin time week 40..takpun bersalin premature yg 7 bulan tu..sbb tu masa ilham dulu doc ckp esok masuk wad nak induce rasa mcm 'eh, tak payah tunggu week 40 ke'..pegi checkup yg last pun tak rasa takut ke apa sbb igtkan lambat lagi nak beranak..mmg masa tu takde langsung tanda2 nak bersalin..  tapi this time mmg asyik merungut je kat en suami sakit sana lenguh sini..huhu en suami ckp dedulu takde pun camni...agaknya sbb dah byk umur kot badan pun dah tak kuat..cewah ayat mcm la umur 50 thn..huhu..tapi serius mmg tak sabar ni nak bagi baby keluar sbb yelah mcm mana pun nak kena harung jugak kan..tapi dlm hati rasa mcm lambat lagi ni..sempat kot raya haji dulu..huhu dah la mak mentua saya nak buat kenduri mkn2 kat melaka nun..nak jugak join the kenduri..best wohh mak mentua masak..sedap sgt...hoho..

8 tanda-tanda hampir melahirkan..daripada 8 kat bawah ni saya dah boleh tick yg no.1,2,3,4 and 6..ohoiii dah lebih separuh..takut la pulak..

1)      Engages
·        kepala baby mula turun di laluan pelviks. terasa perut kosong dibahagian atas.

2)      Kerap membuang air kecil
·        baby yg semakin membesar ..tulang pelviks berdekatan dgn pundi kencing.. bahagian kepala baby mula menekan bahagian tersebut.

3)      Sakit belakang bahagian bawah
·        akibat ligament rahim & tulang pelviks direngangkan lebih.

4)      Contraction Braxton-Hick
·        membantu menipis / memendek  & membuka pintu servik.. ia akan berlaku dari 1 hingga 2 minggu sebelum proses kelahiran bermula.

5)      Cirit-Birit
·        hormon kelahiran bertindak pada usus & boleh menyebabkan kekejangan abdomen. hormon kelahiran jugak boleh menyebabkan kita merasa loya.

6)      Keputihan/ discharge
·        discharge lebih dari biasa & agak pekat sedikit

7)      Lendir pekat & pendarahan (bloody show)
·        kepala baby turun dari ronga pelvik & kontraksi Braxton-hick boleh menyebabkan pluk mucus tertanggal.

8)      Air ketuban pecah
·        keluar seperti  air kencing tetapi tidak terasa seperti hendak kencing.. air yg keluar tidak berbau & jernih..



oklah bai..anak sulungku dah bgn..nak pi buat susu..babai

Sep 18, 2013

35 weeks

Assalamualaikum..hari ni nak citer pasal pregnancy dulu la..semlm ada checkup 35 weeks..Alhamdulillah semua baik2..Result MGTT normal yo so takde la diabetes pregnant this time..berat baby 2.5 kg..berat mak dia usah ditanya la ye..sedih nak habaq..huhu..doc hamidah ckp kita try deliver normal this time ye..huhu I ok je doc mana yg baik..tapi kelas antenatal takpi pun
Camne nak push pun tak dpt bayang..takpe nanti nak study kat youtube je..huhu..beg hospital pun tak prepare lg..malas betul nak kemas..tapi tak sabar betul nak beranak..haaa mcm mana tu..takpelah lepas nih dah tak bz lg boleh la prepare sikit2 apa yg patut..

Sep 10, 2013

adikku sudah kahwin

hai..sory la ye entry hari raya takde..huhu..gambar semua dlm kamera adik..kamera kitorang ada sikit je..gambar family semua kat memory card dia..


ok today nak citer pasal hari nikah and hari kenduri sebelah perempuan..takde byk nak citer pun..gambar ada la sikit..start drpd dia ckp kat mama nak kawen kalau tak salah awal thn itu hari tup tup dah selamat nikah pun..Alhamdulillah..

hari nikah 30 ogos..bertunang dulu kejap pastu nikah..

sekali lafaz..terer jugak adik aku ni..


mak mentua kiter pun ikut jugak meramaikan majlis..

tuan tanah yg tak sabar nak bersalin..tak larat dah bwk perut..


ok tu je..sekian..nanti tunggu entri kenduri belah kitorang pulak ye..

Jul 26, 2013

giliran raya thn ni

assalamualaikum..

hari ni dah masuk ramadan yg ke 17...so far Alhamdulillah tak ponteng lagi wlaupun kdg2 rasa mcm nak jalan seret2 kaki..harap2 boleh posa penuh this year..

pregnant dah 28 wks..perut dah bonjol kedepan..berat dah lebih kurang mcm masa deliver ilham dulu..ada lagi 2 bulan lebih ni..dah la nak raya pulak mesti nak mkn byk..huhu takuit bila pikir berapa kg lagi berat nak naik..time posa ni so far berat maintain mcm masa check up tak naik tak turun..now tido mlm pun dah tak lena sgt..sakit betui celah kangkang ni rasa kalau pusing kiri kanan..

uolls dah beli baju raya ke? kiter baru beli semalam sepasang je..baju ala2 muslimah gitu kaler pink..ada lagi 2 pasang kurung adik belikan kat vietnam ready made..sepasang tu kecik sikit kalau pakai dah mcm sarung nangka..yg lagi sepasang besar sikit boleh la kalau nak pakai lg time raya ni..blouse baru takde beli pakai je yg lama...ilham punya baru raya before posa dah complete belikan..jarang sgt beli baju baru untuk dia so far, so sempena raya nih belilah lebih sikit..kaler tema thn ni caca marba sgt..semua tak sama..takpelah barulah nampak meriah sikit kan..en suami kiter pulak sempoi..dia nak pakai baju melayu thn lepas..tshirt and kemeja jeans pun last year punya..huhu..tinggal nak carik kasut crocs uptown je lagi sbb yg pakai sekarang dah berlubang tapak..semlm dah geledah uptown danau kota tapi mcm takde design baru..stok pon sikit je ada..igt nak belanja dia crocs ori lah nanti..tau why en suami tu budget sgt baju raya dia?sbbnya nak pakai duit tu buat beli tiket konsert metallica kat kl lepas raya ni..boleh mcm tu??huhuhu

thn ni uolls balik raya turn kg mana??kiter balik kedah tau..ho yeah!!best sgt tapi bila pikirkan nak berlama lama sangkut jem dlm keta tu yg tak berapa ho yeah..tapi tak kisah la redah je mintak2 ilham behave..mak mentua kiter pulak kalau ikut plan asal nak beraya kat mekah buat umrah tapi last minute visa tak lepas..kesian kat mak thn ni semua giliran beraya kg sebelah menantu terpaksa bwk diri..igt nak ajak dia blik kedah jugak beraya ngan kitorang mcm 2 thn lepas..tgklah nanti nak tanya dia dulu mau ke tidak..kiter ok jer asalkan raya first kat kedah kan kan kan..

oklah tu je nak crita..babai..


Jul 12, 2013

playgroup @ excel qhalif

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa kwn2...harap-harap dapat berpuasa penuh ramadan kali ni..InsyaAllah..

Nak citer kat sini,Ilham anak bujang saya dah saya masukkan kelas playgroup..sajer tgk mcm fun je menyanyi menari belajar dgn kawan2..kelas pun sejam jer seminggu so bolehla dia bergaul sikit...dok kat rumah asyikla nak bergaduh dgn kakak nuha..bergaduh berebutkan barang..huhu

Before pegi kelas kat excel qhalif dah penah bawak Ilham pi GeniusBabyOnBoard (GBOB) trial class..overall lebih kurang sama jer fun dia..tapi GBOB kat puchong dah penuh so ikutla kakak nuha pegi kelas yg dia attend..nasib baik kat kelas dorang tak gaduh..Class ExcelQhalif nih ada 8 module, 1 module per week for rm250..registration fees rm100...so ilham, we should thank u ayah for the payment..hehehe

So far ilham dah pegi 2 class dgn mummy...start this week mummy nak ajak ayah pi sbb mummy tak larat nak berjoget dgn ilham..maklumlah bulan puasa kan..baby kat dlm perut nih pun bukan main lagi bergolek-golek sakan 2-3 hari nih..lapar ye baby...sabar eh..

ilham buat pizza..sedapnye..

before balik, amik gambar dgn teacher ayu..


ok bai..

Jul 7, 2013

bersalin di mana?

assalamualaikum..

rajin betul update blog sekarang..bagus bagus..so untuk baby no2 ni dah decide nak bersalin di mana? jawapannya sudahhhh..dah masuk 6 bulan kena buat decision la kot kan..

masa tau pregnant bulan feb..time tu baru 3weeks tapi dasar tak penyabaq terus check upt even next period suppose lagi 2-3 hari..huhu..btw mmg planned pregnancy pon yg ni..first try bulan jan tapi failed..huhu...second month try baru success..Alhamdulillah..saja takmau tunggu lama2 sbb tau diri ini susah nak 'lekat'...

so lepas check upt pi check up kat klinik pakar an nur,bangi..sbb masa ilham pun awal2 pregnant checkup sana konon nak jumpa pakar..huhu...tapi this time doc tak suruh mkn dupasthon pon so assume baby ni mmg melekat kuat kat uterus mummy..hehe...masa first time jumpa doc kena la tegur sikit sbb katanya awal lagi nak mengandung...ilham kecik lagi katanya..tapi mummy degil nak buat camna kan..

bila dah masuk 20 weeks camtu discuss dgn en suami nak bersalin kat mana?? hospital private yg glemer2 mcm annur, azzahra, pantai hospital semua tu mmg tak mampu la kan..if kena czer lagi maybe kena sampai 10k woihh...so option yg ada between government hospital ataupun amik fpp hospital putrajaya..time deliver ilham dulu mmg redha je sbb takdak idea pun so just ikut flow je..Alhamdulillah masa deliverkan ilham sgt smooth, dapat wad best,service best, bersalin ja kena czer tapi dah takdir mcm tu kan..so sgt puas hatilah deliver ilham dulu kat hospital putrajaya..

this time dah la checkup kat klinik kesihatan pun tak pi..huhu..pastu risau takut kena tolak hospital sana sini so end up mintak kat en suami nak bersalin kat fpp putrajaya..

so hujung bulan mei lepas try la call no phone fpp utk 1st appoinment..try call byk kali jugak baru ada org pick up phone...lepas tu amik details, citer psal fpp, then dapatlah date 1st appoinment on 3rd july...sebulan lebih hoihh baru bleh jumpa doc...within this timelah yg ngelat tak pi check up tu...kat annur pun tak pi dah stop...nak pi hpj lagi 3 minggu...last2 kena tegur ngan nurse sbb skip checkup..huhu

so hari selasa lepas dah jumpa doc hamidah 1st appoinment..checkup fpp sama ja mcm ilham dulu kat hpj..tapi ilham dulu bukan under fpp tapi prosedur sama ja..amik berat, check bp then check urine..sampai kat dpn kaunter nurse bagi buku pink pukul 12 pm then pukul 2 lebih baru naik nombor...huhu...main candy crush pastu life habis sambung mkn...pastu main candy crush pastu mkn...mcm tulah sampai nombor kena panggil...pastu menyesal sbb gemuk..

doc scan baby ok sihat..doc try scan 4d tapi baby malu tutup muka..tak nampak...tapi bebird mmg clear dia tunjuk kat kitorang..huhu..next checkup bulan puasa so takyah minum air gula tapi after raya checkup mmg wajib kena minum air gula...oh tidakk!

ok..tu saja..bai

Jul 4, 2013

i am halfway through pregnancy

assalamualaikum..

actually dah terlajak la sikit...now  dah 24 weeks...so far so good with this pregnancy...sihat walafiat bak kata doktor..yelah pegi check up pun tak ikut betul2...last month ngelat tak pi so kena tegur dgn nurse tadi..huhu..


masa first trimester dulu mcm before masa pregnantkan ilham..rasa loya2 tapi tak muntah..kalau ilham dulu ada jugak 2-3 kali muntah..tapi this time en suami yg dapat morning sickness..huhu bukan setakat morning kira all day sickness la senang cakap..memula mcm igt en suami demam biasa la muntah2 sehari dua..tapi masuk seminggu muntah2 melepek je rasa dah lain macam kot...pegi klinik siap buat medical checkup amik darah bagai..yelah takut jugak kot ada sakit lain...badan pun makin kurus..result medical check up ok je pulak tu...pastu bagitau la wife dia tgh pregnant sekali doktor tu inform maybe sbb pembawakan budak..dia ckp mmg ada husband yg kena morning sickness sbb hormon tak stabil bila wife pregnant..boleh??huhu..2-3 minggu jugak la en suami kena morning  sickness his time..


then bila dah masuk second trimester now mkn pulak makin berselera..berat dah naik ni..minum air gula tak buat lagi..yelah halfway buat checkup kat private annur bangi mana la dorang ada strict sgt pasal minm air gula nih..this time tak pi pun bukak buku pink kat klinik kesihatan..huhu..tak larat menunggu..tapi check up kat annur pun sama jugekk...menunggu turn punya la lama..


oh ye...gender baby pon dah tau...it's a boy...dah 3 org doc scan semua ckp boy...takpelah yg penting sihat baby dah Alhamdulillah...

ok tu je..bye

bulat kecil,bulat kecil, bulatlah besar...huhu takdak shape langsung dah..

Jul 2, 2013

hai semua!!

Assalamualaikum...

hai kawan kawan...haaa tu dia punya la lama tak update blog...last entry time raya last year ni dah nak masuk ramadan lagi dah..dah dekat sehn tak update...dok buat apa ntah yg bz sgt...busybody ja memanjang...huhu

malas actually pastu terlupa and tak sempat...tapi more to malas..kesian kat ilham segala milestones, birthday, holiday ka apa semua mummy tak update kat sini..tapi mummy igt tau kat dlm kepala..nanti ada extra time mummy buat entry..eceh gebang sgt padahal ntah2 next year baru update blog lagi...huhu...oklah mummy letak gambaq mana yg ada je ok..

ni masa raya aidiladha last year..

ni masa birthday ilham yg first..lepas kena jab vaccine so ayah upah main car..


ini masa ilham pi cameron highland bulan december. pastu terus ke penang then balik kg kedah sbb ada kenduri kahwin


ok nanti update lagi ya...anak dah berperang..kbai


Aug 16, 2012

selamat hari raya aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua readers..Maaf zahir dan batin..saya tahun ni turn Melaka so balik Melaka esok malam pastu balik Kedah malam raya ketiga..yahooooo...hehe..baju raya dah siap hantaq ke kampung Melaka Pindah ni..kalau tertukar plan memang takdak baju raya la kami anak beranak..harap-harap semua berjalan lancar..kedai dobi tutup seminggu..esok last bukak..en suami pun cuti seminggu..mama malam ni dah nak balik kedah ngan adik..lagi sorang adik dah on the way balik Kelantan..rasa sekejap je masa berlalu..raya tahun lepas mengandungkan Ilham tahun ni nak bawak Ilham beraya kutip duit raya..hehe..okbai..selamat hari raya lagi sekali daripada kami sekeluarga..



Jun 12, 2012

bertabah

ilham tunggu sapa tu??


Dah sebulan pi kedai dobi balik..Kadang2 pi tgh hari sikit kadang2 pi awal pagi..kadang2 balik petang kadang2 balik malam..kesian kat ilham mesti pening tgk sat2 mak dia ada sat2 hilang..budak ilham ni dah la pandai nak mengikut dah..tgk org dah dok kat pintu cepat2 merangkak nak ikut..Ilham dah pandai merangkak laju sejak dia 6 bulan..badan ringan kot..la ni dok gigih memanjat..kesian tok..seb baik makngah dia ada bleh tolong tgk2..

Dulu masa full time jaga Ilham rasa boring jugak..siap carik gheja online..masa tu staff kedai dobi pun cukup and boleh diharap..tapi sekarang ni rasa tak sampai hati sgt masa nak gerak pi kedai nak tinggal budak kecik ni..bawak round taman ni dulu 2 beradik ilham and nuha before pi kedai..Susu pun dah kena top up FM..EBM tak cukup..stock tak buat dulu so padan muka sendiri..Dah la masa nak pump pun takdak..gheja sendiri pun bleh tak sempat nak pump..bila dah pump tak byk pulak..Maybe rezeki Ilham nak fully breastfeed sampai 6 bulan saja..huhu...

oklah..frust..bye..

May 23, 2012

hilang dalam gelita kalbu

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

MOJO



p/s:    kosong kosong kosong......

May 22, 2012

tinggalkan dia sbb saya sayang..

Assalamualaikum..


Saya adalah penat..tapi saya yakin en suami saya lebih letih..kesian en suami siang malam kerja..tadik saya nangis kat Ilham mengadu hal kat dia..Ilham pon daripada dok merangkak me'rabat' sana sini pastu mai kat saya pastu dok tenung saya..dia tau kot mummy tgh sedih..bukannya sedih apa pun stress sat saja..sekarang dah ok :) lagipun tgh period mood  ke laut..eceh salahkan period pulak..hehe


Ilham dah 3 hari kena tinggal kat nursery 'tok'..mak dia kena work..staff kat kedai tak cukup..huhu..sesapa ada org nak keja sila contact saya..kesian kat Ilham kalau bawak dia pi dobi..dah jadik macam sauna..berpeluh-peluh..dah la timbang masa 6 bulan naik sikit saja..berat dia baru 6.25 kg..kat graph tu dah kat border..nurse kata Ilham kurus tinggi..jadiknya terpaksa la tok jaga Ilham masa mak dia pi dobi...


harap-harap lepas nih turun sikit berat..maklumla dari 8 bulan pregnant lagi dah dok kat rumah..pastu lepas beranak lepas 4 bulan baru sekali sekala pi kedai..so sekarang kena la full time..penat kerja tapi rasa berbaloi tu yg buat semangat tu..Alhamdulillah..


Ilham dah boleh merangkak..mummy harap Ilham baik2 kat rumah jgn susahkan tok..








p/s: happy birthday en suami..18 may..

May 10, 2012

anak bujang


Assalamualaikum..


tu dia update blog sebulan sekali...blogspot pon dah bertukar wajah..baru terkedek-kedek nak belajaq post entry guna dashboard baru ni..

saja nak update blog sempena birthday anakanda yg ke enam bulan esok..sat ja tiba-tiba rasa dah nak remaja dah anak..huhu..

Alhamdulillah Ilham masih minum susu mummy..belum topup fm so far masih cukup..solid food pulak dah start bagi masa Ilham 4 bulan lebih dulu..sikit2 ja bagi rasa cerelac..mak dia langgar rules KIM(kumpulan ibu menyusu)..ampun ampun tapi nampak ilham selalu dok 'kecuq ayaq liuq' bila tgk mak ayah dia makan tu yg bagi rasa sikit tu..pastu bila dah masuk 5 bulan terus bagi makan 2 kali sehari..syokk Ilham dapat makan..bersungguh makan..mak dia pun la ni kena la google resepi solid food yg menarik..semalam dah beli labu tu..esok mummy buat puree kat Ilham..

pasal progress merangkak pulak..Ilham dah 2-3 minggu angkat bontot tapi bila nak kedepan dok junam kepala dulu..macam aksi org nak lawan lari 'on your mark get set go'..tapi semalam Ilham macam dah nak dapat skill merangkak yg betul..kalau letak dia atas carpet laju sikit dia pi kalo atas simen licin..

pasal baju raya pulak..eh tetiba masuk pasal baju raya..hehe..tadi kami dah pi tailor tapi mak ngan ayah dia ja yg bleh tempah..tailor tu takmau buat kat budak kecik..kesian Ilham..seb baik tailor lain mau amik order..byk jugak tailor yang dah tutup order utk raya..mak Ilham kena tempah baju tahun nih pasal takut baju ready made takdak size..maklum la kilograms masih tak turun2..huhu..Ilham ngan ayah dia pulak beli kain sama nak buat baju melayu..tak sabaq nak beraya ngan Ilham tahun ni..

oklah..bye

Mar 29, 2012

ketika umurnya 4 bulan 13 hari

Ilham boleh meniarap masa tu..saja tulis sini kot nak refer nanti2..mak dia malas nak godek2 buat milestones anak kat blog sidebar..huhu







 cakkk....


bye

Mar 8, 2012

InsyaAllah,di syurga sana tempatmu anak..

Assalamualaikum..

Tadi en suami balik bagitau anak member kitorang kat mmu meninggal lepas maghrib..semoga edot dan wife dia tabah dan bykkan bersabar..baby namanya Nur Jannatul Julia (kalau xsilap)..lahir hari Ahad lepas tak sure lahir cukup bulan atau tak tapi rasanya mmg due date dah dekat2 pun..baby ada masalah hati bengkak and syndrome-D..edot kawan sekelas engineering,jiran setaman, housemate en suami and mentor bisnes dobi..diorang tunggu nak 'lekat' pun lebih kurang sethn jugak..cucu sulung dalam family..tapi yang saya paling terasa sgt macam mana nanti si ibu tu berpantang tanpa anak disisi..tgk baju2 yg maybe dah dibeli,breast membengkak penuh susu,Ya Allah harap sgt wife edot kuat nak tempuh semua ni..Al-Fatihah untuk arwah baby yg dah sedia tunggu ibu bapanya di syurga..

Feb 27, 2012

Visit Kuching Sarawak Feb 2012-Part 2

ok kita sambung..lepas shopping skit2 kat Main Bazaar pegi kg boyan semula..this time naik keta je..mama saya nak beli kek lapis lagi tambah..pegi kat kedai Dayang Salhah pulak..


suasana seperti berhari raya sb mcm2 kek ada terhidang untuk tester..

Kemudian balik ke rumah bagi budak2 tido jap kul 5.30 kuar balik nak pi mkn seafood kat Top Spot..


Amik dulu gambar wajib dgn tugu kucing..ahli rombongan..

Org ramai..mknan sedap..harga murah..

kena mkn cepat2..minum cepat2..sbb nak bagi kenit pulak 'mkn'

Flight tgh 17 Feb 2012

Before pi airport singgah breakfast dulu di Sate Ceko..Pastu pi sekali lagi pasar satok sbb bekalan terubuk masin belum cukup..

pilih yg besar2 baru lemak..

kakak nuha tunggu aeroplane tak sampai2 lagi..




Tu je cuti-cuti Kuching kami..k bye

 

Sample text

Sample Text